Enam warga Myanmar ditahan korek tanah tanpa lesen di lombong bijih besi

17 Sep 2026 • 10:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Enam warga Myanmar ditahan korek tanah tanpa lesen di lombong bijih besi
Antara jentera berat yang disita disyaki digunakan untuk aktiviti mengorek dan memindahkan tanah tanpa lesen di sebuah tapak lombong bijih besi di kawasan Sungai Lik, Lipis. - FOTO: Briged Tenggara PGA
Image from: Enam warga Myanmar ditahan korek tanah tanpa lesen di lombong bijih besi
Antara jentera berat yang digunakan oleh suspek untuk kerja-kerja mengorek dan memindahkan tanah.

KUANTAN - Enam lelaki warga Myanmar ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti mengorek dan memindahkan tanah tanpa lesen di sebuah tapak lombong bijih besi di kawasan Sungai Lik, Lipis pada Rabu.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA),Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, hasil serbuan menerusi Ops Bersepadu Khazanah pada kira-kira 2.30 petang itu turut melibatkan rampasan jentera berat terdiri sebuah jengkaut, lima lori pasir dan jentera pengaut dianggarkan bernilai lebih RM1.22 juta.

Menurutnya, operasi dijalankan anggota Cawangan Risik Batalion 7 PGA dengan bantuan pegawai dan anggota Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP).

"Ketika ditahan, semua lelaki berusia antara 22 hingga 39 tahun itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

"Hasil pemeriksaan lanjut di kawasan tersebut. membawa kepada penemuan jentera berat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti mengorek tanah," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

**media[3650797]**

Ahmad Radzi berkata, suspek juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kelulusan berkait aktiviti yang sedang di jalankan.

"Berdasarkan siasatan di lokasi, semua lelaki terbabit mendakwa bekerja sebagai buruh di tapak tersebut sejak tahun 2024 dengan seorang lelaki tempatan.

"Mereka mendakwa dibayar gaji RM 10 sejam dan bekerja selama kira-kira 13 jam sehari," katanya

Beliau berkata, hasil semakan mendapati aktiviti mengorek dan memindah tanah tersebut telah beroperasi sejak sebulan lalu tanpa sebarang lesen dan kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Negeri Pahang.

"Semua lelaki yang ditahan diserahkan kepada pihak polis manakala barang rampasan diserahkan kepada UPNP untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 426(1) Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved