Ending ‘Lovely Runner’ Ambil Inspirasi Dari Perkahwinan Son Yejin & Hyunbin?

Entertainment
29 May 2024 • 11:43 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Akhirnya ending bahagia buat penonton “Lovely Runner”!

Dalam episod terakhir itu, semuanya kembali normal dan Ryu Sun-jae (Byun Woo-seok) melamar Im Sol (Kim Hye-yoon) selepas kekasihnya itu berjaya menghasilkan naskhah pertamanya sebagai pengarah filem.

Walaupun adegan perkahwinan itu hanya muncul sebentar dalam imaginasi mereka, ia menjadi perbualan hangat di media sosial.

Penonton teruja dengan keserasian pasangan itu, terutama sekali menyedari bahawa pakaian perkahwinan pasangan tersebut mirip dengan pakaian pengantin Son Ye-jin dan Hyun Bin.

image is not available

Nampaknya tvN sekali lagi telah mencipta semula perkahwinan ikonik pasangan yang mereka pernah berjaya padankan sebelum ini. Terdahulu, drama Korea “Queen of Tears” juga mencipta semula perkahwinan terkenal ini.

Sepadan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.