Enggan Aib Sesiapa Terbuka, Jofliam ‘Simpan’ Punca Sebenar Perceraian – “Terima Kasih Semua Yang Memfitnah Saya, Saya Ampunkan Semua”

LocalEntertainment
10 Oct 2024 • 12:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Enggan membuka aib sesiapa, pempengaruh dan cef piza Jofliam berkata dia tidak mahu mendedahkan punca sebenar perceraiannya dan bekas isteri, Cik Epal.

Menerusi hantaran di Instagram, Jofliam turut berkata dia kini mahu memberikan fokus terhadap kedua-dua anak mereka, Han dan Yuki.

Saya ada maruah, maruah saya tetap terjaga untuk anak-anak saya. Punca perceraian sebenar biarlah saya jaga supaya tiada aib sesiapa terbuka. Cukup sampai di sini sahaja. Perjuangan saya untuk Han Yuki pula.

image is not available

Kata Jofliam lagi, dia memaafkan semua orang yang memfitnahnya berlaku curang dan menjalinkan hubungan dengan pekerja wanitanya bernama Dewi sebelum ini.

Terima kasih pada semua yang memfitnah saya. Saya ampunkan semua.

image is not available

Terdahulu, Cik Epal mengesahkan bahawa perkahwinannya bersama Jofliam selama 10 tahun berakhir dengan perceraian dan turut menegaskan bahawa dakwaan curang tersebut tidak benar.

image is not available 5 hours ago

"Dia Tetap Ayah Yang Bertanggungjawab.." - Jofliam Teruk Dikecam Selepas Didakwa Curang, Ini Jawab Cik Epal