Enggan Beri Laluan Di Jalan Sempit, 2 Pemandu Gaduh Guna Parang Dan Besi Di Kota Belud

25 Mar 2024 • 10:06 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Video pergaduhan menggunakan parang dan besi tular di media sosial, menimbulkan kebimbangan orang awam

Enggan Beri Laluan Di Jalan Sempit, 2 Pemandu Gaduh Guna Parang Dan Besi Di Kota Belud. Pergaduhan antara dua lelaki berlaku di Pekan Kota Belud, Sabah pada Jumaat lalu berpunca kerana kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur dan enggan memberikan laluan ketika melalui jalan sempit.

Video pergaduhan yang tular itu menunjukkan mereka bergaduh dengan menggunakan parang dan besi, lalu menimbulkan kebimbangan orang awam.

image is not available
Enggan Beri Laluan Di Jalan Sempit, 2 Pemandu Gaduh Guna Parang Dan Besi Di Kota Belud. Sumber: majoriti

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain, pergaduhan selama 42 saat itu turut tersebar di media sosial.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi di kawasan parkir Jalan Tamu Minggu dan pergaduhan itu kemudiannya dileraikan oleh orang ramai.

Berpunca tidak mahu beri laluan semasa melalui jalan sempit

Siasatan mendapati pergaduhan berpunca daripada kedua-dua lelaki yang enggan memberi laluan ketika melalui jalan sempit di lokasi kejadian. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam.

Orang awam yang menyaksikan kejadian diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud untuk membantu siasatan atau menghubungi Inspektor Izhafizan Haron di talian 014-6318003.

Setakat ini belum ada laporan rasmi dibuat, tetapi difahamkan kedua-dua pihak telah berdamai dan mempunyai kaitan kekeluargaan.

Baca juga artikel yang berkaitan: