Enggan Cerita ‘Dalam Kain’ Disensasikan, Andika Putera Tampil Mohon Maaf Dan Mengaku Khilaf

31 Jul 2024 • 11:23 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
andika putera

Pempengaruh motivasi terkenal, Andika Putera tampil dengan satu permohonan maaf selepas isu rumah tangga bersama bekas isteri, Ananda Natasha kecoh diperkatakan.

Katanya, dengan nasihat peguam dia perlu memohon maaf kerana apa yang berlaku telah membina persepsi negatif terhadap dirinya.

Sebagai seorang mentor dan public figure, Andika sedar dia sentiasa menjadi tatapan umum. Oleh itu, dia sepatutnya berhati-hati dengan apa juga tindakan yang dibuat.

Beliau juga mengaku khilaf menyebabkan isu dalaman keluarga telah disensasikan masyarakat.

Saya mengambil ruang ini untuk memohon maaf kepada semua pihak bagi salah saya dan saya akan baiki lagi dari masa ke masa. InshaAllah sedang mencari solusi yang terbaik dalam isu ini untuk tidak berpanjangan.

Seterusnya, Andika menyerahkan kepada peguam untuk mencapai solusi terbaik dengan bekas isteri mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

image is not available

Beliau juga menerima dengan baik nasihat peguam bahawa isu keluarga tidak sepatutnya digembar-gemburkan kepada khalayak.

Peguam juga memohon masyarakat menghentikan spekulasi jahat dan gosip liar yang tidak bermanfaat ini.

image is not available

Jap!