Enggan Hadiri Reunion 20 Tahun Filem ‘Taegukgi’, Won Bin Tekad Nak Bersara Dari Dunia Lakonan?

Entertainment
26 May 2024 • 1:11 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sepertinya, Won Bin telah memutuskan untuk bersara dari dunia lakonan.

Menurut pihak industri, filem “Taegukgi: The Brotherhood of War” dijangka akan ditayangkan semula pada 30 Mei ini, sempena 20 tahun sejak naskhah itu dikeluarkan.

Pada waktu tayangannya pada 2004, filem itu telah berjaya memecahkan rekod, meraih hampir 12 juta penonton dan turut memenangi pelbagai anugerah.

Untuk meraikan ulang tahun ke-20 “Taegukgi: The Brotherhood of War”, filem itu akan disiarkan semula dalam versi yang dimaster dengan resolusi 4k.

image is not available

Bagaimanapun, Won Bin yang merupakan salah seorang watak utama untuk filem tersebut dilapor tidak akan hadir ke sesi sidang media dan reunion bersama rakan pelakon yang lain.

Untuk pengetahuan, sudah 14 tahun lelaki itu berehat daripada berlakon dan ramai yang membuat spekulasi bahawa Won Bin telah pun memilih untuk bersara dari dunia lakonan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article