Enggan Isi PADU, Lelaki Bimbang Rahsia Kahwin Dua ‘Kantoi’ Melalui Sistem PADU

27 Mar 2024 • 10:05 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sistem PADU didakwa boleh ‘kantoikan’ lelaki sembunyi kahwin dua?

Enggan Isi PADU, Lelaki Bimbang Rahsia Kahwin Dua Kantoi Melalui Sistem PADU. 31 Mac merupakan tarikh akhir untuk rakyat Malaysia mengisi dan mengemaskini maklumat mereka dalam Pangkalan Data Pusat (PADU) sebelum bantuan bersasar dilaksanakan pada 1 April.

Melalui maklum balas di media sosial, ramai masih enggan mengisi sistem tersebut kerana bimbang maklumat data mereka akan bocor dan disalahgunakan oleh pihak bertanggungjawab.

image is not available
Enggan Isi PADU, Lelaki Bimbang Rahsia Kahwin Dua Kantoi Melalui Sistem PADU. Sumber: Facebook

Kebimbangan kebocoran data peribadi dalam PADU

Namun, seorang ahli perniagaan di Temerloh, Pahang tidak mahu mengisi sistem itu kerana bimbang perkahwinan keduanya akan ‘terkantoi’.

Menurut seorang peguam di laman Facebook, Ahmad Nizam Hamid, rakannya yang berusia 50-an telah berkahwin secara senyap dengan pekerjanya sendiri sejak tiga tahun lalu di Perlis atau Terengganu supaya tidak perlu mendapat kebenaran daripada isteri pertamanya.

Lelaki Temerloh bimbang isteri pertama tahu perkahwinan kedua disebabkan sistem PADU

Beliau bimbang jika mengisi nama isteri keduanya dalam PADU, isteri pertamanya akan mengetahui perkahwinan rahsianya itu.

Walaupun tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga rakannya, Ahmad Nizam hanya mampu mengakui tidak ada jawapan untuk situasi rumit tersebut.

Ahli perniagaan itu mempunyai jurang usia 20 tahun dengan isteri keduanya yang beranak dua orang. Manakala dengan isteri pertamanya berusia 40-an pula, mereka mempunyai empat orang anak.

Isteri pertama tidak pernag mengetahui kewujudan isteri kedua

Isteri kedua ahli perniagaan itu tinggal dan bekerja di daerah yang sama di Temerloh tetapi isteri pertamanya tidak pernah mengetahui kewujudannya.

Bagaimanapun, Ketua Perangkawan Malaysia berkata PADU terbukti mempunyai standard keselamatan data yang baik selepas beroperasi hampir 100 hari tanpa gangguan, meyakinkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mendaftar.

Baca juga artikel yang berkaitan: