Enggan minta maaf? Teruskan pusing, rakyat tahu menilai – Akmal Saleh

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 3:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak menyerbu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagaimana didakwa.

Sebaliknya, katanya, pertemuan yang berlaku sebelum ini berlangsung dalam keadaan tenang dan bukannya dengan cara kasar.

“Rileks lah YB Wee Ka Siong. Mana ada saya serbu, saya cakap dengan elok sahaja. Kalau saya serbu, bukan macam ni cara saya.
“Yang salah kita katakan salah, yang betul kena katakan betul. Kalau dah salah fakta, minta maaf, jangan pusing sana sini.
“Kalau tidak mahu minta maaf, tak apa, teruskan pusing sana sini kerana rakyat tahu menilai siapa yang pusing siapa yang benar,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

image is not available

Teruskan pusing, rakyat tahu menilai…

Terdahulu, Ka Siong dalam reaksinya menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Akmal berhubung isu berkenaan, sebaliknya mengekalkan pendirian untuk menegakkan keadilan.

image is not available

Beliau sebelum ini berkata, tiada keperluan untuk dirinya memohon maaf kerana fakta yang dibangkitkan mengenai jumlah kemasukan pelajar cemerlang ke universiti awam adalah berdasarkan maklumat rasmi.

image is not available

Tegasnya, beliau hanya mahu menuntut keadilan tanpa mengira bangsa dan akan terus mempertahankan mana-mana pelajar yang teraniaya.

Sumber: FB Akmal Saleh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved