Enggan Ulas Hal Rumah Tangga Marissa & Aslam, Abby Abadi Reda Dengan Pilihan Anak – “Biar Dia Lalui Sendiri..”

LocalFamily & Parenting
24 Jun 2025 • 12:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi enggan mengulas mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania yang masih menjadi bualan ramai.

Memetik laporan Mstar, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata, dia reda dengan pilihan anaknya dan mahu Marissa melalui sendiri pengalaman berumah tangga.

image is not available

Saya tak berminat untuk besarkan lagi isu pasal anak saya.

 

Itu pilihan dia (Marissa), biar dia lalui sendiri. Sampai satu tahap kalau perkara itu baik untuk dia, ia akan berpanjangan (jodoh). Kalau tak baik, kita tengok apa yang jadi. Itu saja yang saya boleh katakan.

Kata Abby, hubungan keluarga mereka berada dalam keadaan yang baik dan memohon doa daripada orang ramai.

image is not available

Kami (keluarga) okay sahaja dan tidak mahu isu keluarga jadi lebih buruk. Biarlah masing-masing ambil tempoh bertenang.

 

Saya biarkan saja anak dengan pilihannya, jika itu yang terbaik. Insya-Allah mohon doakan agar satu hari nanti semuanya akan jadi lebih baik.

Dalam pada itu, Abby juga enggan mengulas mengenai hubungannya bersama Marissa dan memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

Saya baik sahaja dengan dia, anak saya tetap anak saya.

Sekadar info, Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 tanpa pengetahuan keluarga.

Pernikahan itu mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai kerana ketika menikahi Marissa, Aslam merupakan suami kepada Umisya Mazlan.

image is not available 2 months ago

"Tiada Maaf Bagimu, Saya Tiada Menantu" - Abby Abadi Tutup 'Pintu Maaf' Buat Aslam