England tak dapat guna Saka

Football
10 Oct 2023 • 9:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bukayo Saka - Foto AFP

BUKAYO Saka terpaksa diketepikan daripada skuad England menjelang perlawanan menentang Australia dan Itali, kata Persatuan Bola Sepak Inggeris pada Isnin.

Gareth Southgate menyenaraikan pemain sayap itu dalam skuad 26 pemain minggu lalu, tetapi dia terlepas perlawanan bersama kelabnya, Arsenal menentang Manchester City selepas bergelut dengan masalah hamstring.

“Penyerang itu melaporkan diri ke St George’s Park pada Isnin bersama semua pemain skuad Three Lions.

“Setelah terlepas kemenangan Arsenal dalam Liga Perdana menentang Manchester City pada Ahad kerana kecederaan, Saka telah dinilai oleh pasukan perubatan England dan diputuskan bahawa pemain itu akan meneruskan proses pemulihan di kelabnya.

“Tiada penggantian dirancang, dengan Gareth Southgate mempunyai skuad 25 pemain untuk menghadapi perlawanan akan datang," kata persatuan itu dalam satu kenyataan

England akan melayan kunjungan Australia dalam perlawanan persahabatan di Wembley pada Sabtu sebelum berdepan Itali juga di venue sama pada perlawanan kelayakan Euro 2024 pada 17 Oktober.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved