Enjin Terbakar, Pesawat AirAsia KL-Shenzhen Buat Pendaratan Cemas Di KLIA 2

27 Mar 2025 • 11:39 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebuah pesawat AirAsia yang dalam perjalananan dari Kuala Lumpur ke Shenzen mengalami detik cemas apabila terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) susulan kebakaran enjin sejurus selepas berlepas, malam tadi.

image is not available

Foto: Berita RTM

Menurut laporan Berita RTM, pesawat jenis Airbus A320-216 itu membawa 171 penumpang dan kru berlepas pada pukul 9.59 malam sebelum juruterbang mengesan masalah pada enjin kanan dan membuat keputusan untuk kembali ke KLIA2 sebagai langkah keselamatan.

image is not available

Foto: Berita RTM

Jelas Komander Operasi, PBK | KUP Rosli Ramli, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.37 malam dan segera menggerakkan sembilan anggota serta sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA ke lokasi bagi bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Pesawat berlegar di udara sementara menunggu arahan pendaratan sebelum berjaya mendarat sebelum berjaya mendarat dengan selamat di landasan 3 KLIA 2 dengan selamat pada pukul 12:08 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Foto: Berita RTM

Hasil siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kerosakan pada Pneumatic Ducting pesawat.

Walau bagaimanapun, tindakan pantas sistem keselamatan pesawat memainkan peranan penting apabila sistem pemadam api automatik Halon berjaya mengawal kebakaran sebelum pesawat mendarat.

image is not available

Foto: Berita RTM

Kesemua 171 penumpang dan kru dilaporkan selamat, dan operasi penyelamatan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tak diingini.