Enn Xaviera serap ‘roh’ Onduri dalam Namatai

24 Nov 2023 • 3:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

MENYERAP ‘roh’ Onduri – seorang gadis Dusun Tindal yang memiliki jiwa kepahlawanan sejati – disifatkan cukup berat bagi pemegang watak itu, Enn Xaviera.

Bagi empunya badan, menghidupkan watak Onduri dalam filem Namatai yang bakal menjengah pawagam pada 28 Disember ini bukan saja memerlukannya menjiwai emosi Onduri tetapi juga menyerlahkan keperibadian gadis itu.

Menggambarkan Onduri sebagai gadis dengan keperibadian tinggi, Enn berkata dia juga perlu memastikan gerak tubuhnya menepati sifat gadis Dusun pada zaman itu – era Perang Dunia Kedua.

“Saya terpaksa berlatih di depan cermin untuk memastikan bahasa tubuh dan pergerakan saya menepati karakter Onduri, seperti perlu berjalan dengan langkah kecil-kecil dan penuh hormat, nada suaranya yang sentiasa kedengaran tegas namun ada kelembutannya dan banyak lagi.

View Original Article