Covid-19: MAIS galak perkhidmatan dalam talian

15 Mar 2020 • 12:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menggalakkan masyarakat awam menggunakan transaksi perkhidmatan secara dalam talian bagi mengurangkan kadar interaksi secara bersemuka berikutan penularan koronavirus (Covid-19).

MAIS dalam kenyataannya memberitahu, orang ramai boleh melayari laman web www.mais.gov.my atau melalui online e-wasiat bagi mengurangkan kadar interaksi secara bersemuka.

Selain itu, kenyataan itu memaklumkan, masyarakat yang memerlukan khidmat nasihat guaman syarie digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian di nombor 03-55143643 tanpa perlu ke kaunter buat masa ini.

"Semoga ALLAH SWT memelihara dan menjauhkan kita semua daripada penularan wabak ini," katanya.

Semalam, MAIS menyarankan semua jabatan hal ehwal Islam di negeri ini, agensi dan anak syarikat di bawahnya menangguhkan program serta aktiviti melibatkan khalayak ramai berikutan penularan Covid-19.

Setiausahanya, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, penangguhan sementara itu dibuat sehingga keadaan kembali pulih.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved