Epic Games Store ialah sebuah gedung jualan permainan komputer yang cukup terkenal untuk penawaran permainan komputer percuma dari semasa ke semasa, dan secara teknikalnya, ialah diantara salah satu daripada gedung aplikasi yang mengambil keuntungan komisen yang lebih rendah berbanding dengan syarikat-syarikat lain.

Terkini, Tim Sweeney, CEO Epic Games telah mengumumkan bahawa bermula bulan Jun 2025, Epic Games Store tidak akan mengambil sebarang komisen untuk permainan-permainan komputer yang mencatatkan angka jualan lebih rendah dari $1 juta (~RM4.3 juta).
Sekiranya jualan permainan melepasi angka $1 juta, hanya pada ketika itu Epic Games akan mengambil potongan jualan sebanyak 12 peratus, iaitu satu angka yang jauh lebih rendah berbanding dengan Apple App Store dan Steam (30 peratus).
Epic Games Store will take 0% on the first $1,000,000 of payments we process per game per year (vs 15% for Apple), and 12% after that (vs 30% for Apple).
Next month, we launch EGS Webshops for out-of-app purchases, as an alternative to in-app purchases.https://t.co/yTufyZbiqR
Epic Games turut akan memperkenalkan EGS Webshops, yang membolehkan pembangun memperkenalkan gedung dalam aplikasi yang akan dihoskan oleh Epic Games sendiri yang membolehkan pembangun untuk mendapatkan keuntungan penuh daripada transaksi dalam aplikasi tanpa perlu memberi sebarang potongan kepada gedung aplikasi lain seperti Apple App Store, Google Play Store dan juga Steam.
Sama seperti kemaskini kepada komisen jualan di Epic Games Store, mereka juga akan mula memperkenalkan ciri EGS Webshop bermula bulan Jun ini.
