EPL: Allan tekad jadi ‘raja’ gelecek The Citizens

Football
1 Sep 2026 • 8:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Allan tekad jadi ‘raja’ gelecek The Citizens

LONDON – Pemain baharu Manchester City, Allan Elias mengakui pengalaman bermain futsal sehingga usia 14 tahun menjadi antara rahsia di sebalik kehebatan ‘menggelecek’ di posisi sayap pasukan Palmeiras sebelum ini.

Sebagai rekod, Allan yang berusia 22 tahun menyertai The Citizens daripada kelab gergasi Brazil itu dengan nilai perpindahan keseluruhan mencecah £34.2 juta (RM184 juta) selepas menandatangani kontrak hingga 2031.

Allan diberikan tugas khas untuk mengisi kekosongan Savio yang berhijrah ke Tottenham Hotspur minggu lalu mengakui asas futsal banyak membantunya membentuk kemampuan teknikal terutama dalam aspek kawalan bola dan menggelecek.

“Secara jujur, saya bermula dengan sukan futsal. Sehingga usia 14 tahun saya bermain futsal dan saya rasa ia banyak membantu apabila saya beralih ke bola sepak padang.

“Saya pemain sayap dan boleh bermain di posisi lain seperti pemain tengah. Namun, kepakaran saya adalah menggelecek selain kekuatan fizikal yang saya ada,” katanya.  – AGENSI

The post EPL: Allan tekad jadi ‘raja’ gelecek The Citizens appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved