EPL: Dua pemain Real perkuat Fulham

Football
5 Aug 2026 • 10:31 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL:  Dua pemain Real perkuat Fulham

LONDON – Fulham membuat keputusan berani untuk sambar dua ‘ubi muda’ Real Madrid, Gonzalo Garcia dan Cesar Palacios untuk mengukuhkan pasukan menjelang kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan bermula pada 21 Ogos ini.

Garcia yang dianggap penyerang muda paling berbakat The Galacticos menyertai Fulham dengan nilai sekitar €40 juta (RM185 juta) manakala Palacios pula ditandatangani dengan harga €9.9 juta (RM46 juta).

Difahamkan, kehadiran kedua-dua pemain itu adalah hasil daripada pemintaan khusus oleh bekas jurulatih Real musim lalu, Alvaro Arbeloa yang kini menerajui Fulham selepas menggantikan Marco Silva.

García yang berusia 22 tahun mengakui sangat teruja dapat membuka lembaran baharu dalam kariernya di pentas EPL.

“Saya gembira dan teruja berada di sini. Terima kasih kepada pihak pengurusan serta Arbeloa atas kepercayaan yang diberikan,” kata pemain antarabangsa Sepanyol itu.

Sementara itu, Palacios yang menandatangani kontrak lima tahun berharap dapat menyesuaikan diri segera dalam kancah bola sepak di England.

“Saya percaya ini adalah langkah yang sempurna dalam karier saya. Kelab menunjukkan kepercayaan yang tinggi terhadap saya dan saya mahu membuktikannya di atas padang,” kata pemain tengah itu. – AGENSI

 

The post EPL: Dua pemain Real perkuat Fulham appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved