EPL: Elak lantik ‘kapten kosmetik’

Football
22 Aug 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Elak lantik ‘kapten kosmetik’

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Roberto De Zerbi digesa supaya tidak mengulangi kesilapan memilih kapten yang menyimpan niat untuk meninggalkan kelab selepas Cristian Romero berhijrah pada jendela perpindahan awal minggu ini.

Bekas pertahanan Spurs, Toby Alderweireld menegaskan calon kapten baharu perlu memiliki komitmen jangka panjang terhadap kelab selain mampu menjadi contoh di atas dan luar padang.

Alderweireld yang pernah menjadi kapten Royal Antwerp memberi amaran Spurs tidak seharusnya memilih ‘kapten kosmetik’ yang hanya gemar menjerit, menunjuk atau membuat aksi berlebihan ketika berada di padang.

Bekas pemain antarabangsa Belgium itu berkata, kualiti paling utama seorang kapten ialah konsisten menunjukkan prestasi terbaik.

“Bagi saya, orang banyak bercakap mengenai kapten dan apa yang mereka perlu lakukan. Banyak kapten palsu sekarang kerana mereka menjadikan tugas kapten sebagai satu pertunjukan di atas padang seperti banyak mengangkat tangan dan menjerit.

“Bagi saya, kapten ialah pemain yang anda boleh harapkan dan sentiasa konsisten. Mereka sentiasa memberikan sepenuh jiwa dia atas padang tanpa mengira di mana posisi mereka,” katanya.

Difahamkan, antara nama yang dikaitkan dengan lilitan kapten untuk menggantikan tugas Romero adalah pertahanan Belanda, Micky van de Ven, James Maddison dan Dejan Kulusevski.

Sebagai rekod, tiga kapten Spurs telah berhijrah pada tiga jendela perpindahan terakhir seperti Romero, Son Heung-min pada tahun lalu dan Harry Kane (2024).

Spurs dijangka mengesahkan kapten baharu pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brentford, tengah malam ini. – AGENSI

The post EPL: Elak lantik ‘kapten kosmetik’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved