EPL: Iraola belum berasa cemas

Football
4 Aug 2026 • 10:31 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Iraola belum berasa cemas

CHICAGO – Pengurus Liverpool, Andoni Iraola enggan menekan butang panik sebaliknya menganggap barisan pemain masih dalam fasa menyesuaikan diri selepas tewas 2-4 kepada Leeds United dalam aksi pramusim di Stadium Soldier Field, semalam.

Pada perlawanan itu, Luke Chambers dan Florian Wirtz meletakkan The Reds selesa 2-0 di depan sebelum Leeds bangkit pada babak kedua menerusi Brenden Aaronson, Dominic Calvert-Lewin (dua gol) dan Sean Longstaff.

Menurut Iraola, keputusan itu bukan sesuatu yang diinginkan kekalahan itu sebagai ujian penting menjelang sepak mula musim baharu nanti kerana masih banyak ruang yang boleh diperbaiki.

“Sudah tentu ia bukan keputusan yang kami mahukan, tetapi ini perlawanan persahabatan paling berguna yang kami lalui setakat ini dan kita boleh lihat prestasi pasukan pada dua babak yang agak berbeza.

“Kami belajar banyak perkara dan saya harap pemain boleh mengambil kesimpulan yang baik serta selesaikan beberapa kelemahan sebelum perlawanan sebenar bermula nanti,” ujarnya.

Dalam masa sama, Iraola berpuas hati dengan penampilan pertama tiga pemainnya dalam aksi pramusim seperti Wirtz, Alexander Isak dan Ryan Gravenberch.

“Saya fikir mereka beraksi dengan baik di atas padang dan penting untuk membina kecergasan. Jeremie Frimpong pula minta untuk dikeluarkan lebih awal tetapi bukan isu kecederaan,” katanya.

The Reds akan mengharungi dua lagi aksi persahabatan menentang AS Monaco dan Como sebelum membuka tirai rasmi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Newcastle United pada 23 Ogos depan. – AGENSI

 

The post EPL: Iraola belum berasa cemas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved