EPL: Jackson jadi mimpi ngeri City

Football
24 Oct 2026 • 9:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Jackson jadi mimpi ngeri City

 

LONDON – Aston Villa menghadiahkan kekalahan pertama buat Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatatkan kemenangan 2-1 pada aksi di Villa Park, sebentar tadi.

Bintang dari Senegal, Nicolas Jackson muncul wira buat Aston Villa apabila menyumbangkan kedua-dua gol sekali gus mengesahkan kemenangan keempat pasukannya dalam saingan EPL.

Terdahulu, Aston Villa yang tidak tewas dalam enam perlawanan terakhir di semua pertandingan berjaya memulakan aksi dengan cemerlang apabila membuka jaringan seawal minit keenam menerusi Jackson.

Bolos di awal permainan langsung tidak memberikan kesan buat Manchester City dan hampir memperoleh jaringan penyamaan namun percubaan Iliman Ndiaye pada minit ke-28 sekadar menuju tepat ke tiang gol Aston Villa.

Kedua-dua pasukan memiliki beberapa lagi peluang terbaik, sebaliknya tiada jaringan mampu dihasilkan dan babak pertama berakhir 1-0 berpihak kepada Aston Villa.

Tujuh minit selepas aksi bersambung, Erling Haaland kembali menyamakan kedudukan namun keceriaan itu hanya bertahan lapan minit apabila Aston Villa kembali berada di depan.

Ibrahim Mbaye yang dimasukkan pada minit ke-69 hanya memerlukan kurang seminit untuk menghadirkan impak apabila melakukan umpanan berkualiti sebelum disempurnakan oleh Jackson.

Penjaga gol tuan rumah, Zion Suzuki juga muncul salah seorang pemain paling menyerlah buat Aston Villa selepas tampil tenang melakukan aksi menyelamat bagi menafikan beberapa lagi peluang terbaik The Citizens. – KOSMO! ONLINE

 

The post EPL: Jackson jadi mimpi ngeri City appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved