EPL: Kad merah jadi punca tewas

Football
13 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Kad merah jadi punca tewas

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Andoni Iraola mempersoalkan keputusan pengadil, Chris Kavanagh melayangkan kad merah kepada Ryan Gravenberch selepas pa­sukannya tewas 0-3 kepada Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam kelmarin.

Pada aksi yang berlangsung di Anfield, Gravenberch diarahkan keluar padang pada minit ke-62 selepas me­nerima kad kuning kedua susulan kekasaran yang dilakukan ke atas Jeremy Doku.

Situasi tersebut dimanfaatkan sepenuhnya The Citizens apabila meledak tiga gol dalam tempoh 13 minit hasil penyudah Erling Haaland, Doku dan Rayan Cherki.

Iraola berkata, pengadil telah membuat kesilapan apabila melayangkan kad ku­ning pertama kepada Gravenberch pada awal babak ke­dua selepas mengasari Elliott Anderson.

“Saya fikir kekasaran pertama Gravenberch tidak layak diberikan kad kuning. Apa yang berlaku menyukarkan kami untuk memberikan saingan diharapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Iraola menyifatkan pasukannya beraksi lebih baik berban­ding pasukan pelawat sebelum Gravenberch dilayangkan kad merah.

“Kami pasukan yang lebih baik sepanjang 62 minit pertama sebelum kad merah itu. Selepas itu, mereka pula bermain lebih baik dan menjaringkan gol,” ujarnya. –AGENSI

The post EPL: Kad merah jadi punca tewas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved