EPL: Liverpool, Chelsea bergelut di laman sendiri

Football
13 Sep 2026 • 1:08 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Liverpool, Chelsea bergelut di laman sendiri

LONDON – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool dan Chelsea terus tercicir mata selepas kedua-duanya gagal mencatat kemenangan di laman sendiri pada aksi sebentar tadi.

Liverpool paling kecewa apabila sekadar seri 0-0 dengan Fulham di Stadium Anfield, keputusan yang menyaksikan skuad kendalian Andoni Iraola kini gagal menang dalam empat aksi liga terakhir di laman sendiri.

The Reds menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang menerusi Alexander Isak serta Victor Munoz, namun ketumpulan penyudah dan aksi cemerlang penjaga gol Fulham, Bernd Leno, menggagalkan usaha mereka mendapatkan tiga mata.Image from: EPL: Liverpool, Chelsea bergelut di laman sendiri

Lebih mengecewakan, Liverpool hampir dihukum apabila Gonzalo Garcia gagal memanfaatkan peluang terbaik Fulham selepas kesilapan pertahanan tuan rumah, sebelum Jeremy Jacquet melakukan aksi penyelamat dengan mengeluarkan bola di garisan gol.

Sementara itu, di Stadium Stamford Bridge, Chelsea pula turut terkandas apabila dipaksa seri 2-2 oleh Hull City dalam aksi penuh dramatik.

Morgan Rogers memberikan Chelsea permulaan sempurna menerusi jaringan seawal minit ke-7, namun Mohamed Belloumi meledak dua gol dalam tempoh enam minit pada minit ke-28 dan 34 meletakkan Hull di depan sebelum rehat.

Bersambung pada babak kedua, Joao Pedro memastikan The Blues meraih satu mata dengan keputusan 2-2 kekal hingga wisel penamat. – AGENSI

The post EPL: Liverpool, Chelsea bergelut di laman sendiri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved