EPL: Maresca miliki idea segar

Football
5 Aug 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Maresca miliki idea segar

HONG KONG – Pengurus baharu Manchester City, Enzo Maresca adalah pilihan sempurna untuk meneruskan legasi pasukan selepas kehilangan sentuhan magis Pep Guardiola yang meletakkan jawatan pada penghujung musim lalu.

Pertahanan The Citizens, Josko Gvardiol menyifatkan pengendali dari Itali itu sebagai individu tepat kerana memiliki kualiti serta idea segar yang mampu bawa pasukan ke erah baharu menjelang musim baharu nanti.

“Saya fikir Maresca mempunyai kualiti, beberapa idea baharu dan kita perlu lihat corak permainan, gaya bola sepak serta taktikal yang akan digunakan.

“Secara peribadi, beliau adalah pilihan yang sempurna, tetapi sudah tentu ia mengambil masa kerana bukan mudah apabila kelab menukar pengurus.

“Tugas kami adalah membantunya sebanyak mungkin, mendengar arahan dan cuba menyesuaikan diri dengan falsafah bola sepak yang diterapkan,” katanya.

Keyakinan sama turut dikongsi penyerang City, Antoine Semenyo yang menganggap pendekatan Maresca khususnya pada pemain sayap sebagai sesuatu yang dinantikan.

“Saya semakin teruja selepas mengadakan perbincangan secara individu dengannya mengenai cara dia mahu kami bermain, kedudukan pemain sayap dan corak permainan keseluruhan pasukan,” katanya. – AGENSI

The post EPL: Maresca miliki idea segar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved