EPL: Momentum kemenangan Spurs berakhir

Football
7 Nov 2026 • 10:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Momentum kemenangan Spurs berakhir

LEEDS – Momentum kemenangan Tottenham Hotspur akhirnya tersekat apabila mereka tewas 0-1 kepada Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road, sebentar tadi tadi.

Lebih perit, Spurs terpaksa pulang dengan tangan kosong selepas pemain gantian Leeds, Noah Okafor menghukum kelalaian benteng pelawat menerusi jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-79.

Okafor hanya memerlukan 97 saat selepas dimasukkan untuk meledak gol kemenangan selepas menerima hantaran Harry Wilson sekali gus menewaskan penjaga gol Spurs, Antonin Kinsky.

Spurs sebenarnya berpeluang meraih gol menerusi Conor Gallagher yang melepaskan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-69, namun percubaannya sekadar menggegar tiang gol.

Ketika saingan menuju ke wisel penamat, Spurs hampir menyamakan kedudukan pada masa kecederaan apabila tandukan Jan Paul van Hecke berjaya ditepis James Trafford dengan keputusan kekal hingga wisel penamat.

Kekalahan tersebut menyaksikan Spurs mengutip 12 mata manakala Leeds meraih 14 mata selepas mengharungi 10 perlawanan. – AGENSI

The post EPL: Momentum kemenangan Spurs berakhir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved