EPL: Newcastle harapkan jaringan Woltemade

Football
29 Aug 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Newcastle harapkan jaringan Woltemade

LONDON – Penyerang Jerman, Nick Woltemade dijangka turun untuk mengetuai jentera serangan Newcastle United pada aksi kedua Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur, tengah malam ini.

Woltemade dijangka akan berada dalam kesebelasan utama terutama ketika status Will Osula kini masih lagi menjadi persoalan buat pengurus The Magpies, Matthias Jaissle selepas pemain itu berdepan kecederaan.

Impak yang dijelmakan Osula sangat menggembirakan Jaissle, namun beliau percaya kehilangan pemain itu tidak merencatkan percaturan apabila Woltemade juga mampu untuk melunaskan tugas sebagai penyerang.

“Dia (Woltemade) sedang berjuang untuk berada pada prestasi terbaik, namun pastinya ia bukan tugas mudah buat seseorang penyerang. Dia memiliki tugas spesifik ketika tanpa bola dan dia sedang mencuba dengan sehabis baik.

“Dia menunjukkan komitmen yang cukup baik, bukan saja ketika latihan, malah semasa perlawanan,” kata Jaissle yang mengakui seluruh pasukan sedang memberikan sokongan kuat buat Woltemade.

Jaissle juga menaruh keyakinan terhadap Woltemade dan percaya pemain itu akan kembali bangkit untuk mendapatkan jaringan pertamanya musim ini.

“Jelas sekali kami semua sentiasa memberikan sokongan kepadannya dan saya boleh anggap dia sebagai pemain yang cukup rajin. Kami gembira untuk menanti masa Woltemade menghasilkan jaringan,” katanya. – AGENSI

The post EPL: Newcastle harapkan jaringan Woltemade appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved