EPL: Pedro sandaran robek Spurs

Football
24 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Pedro sandaran robek Spurs

LONDON – Penyerang Chelsea, Joao Pedro diharap terus mengekalkan rentak konsisten menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Tottenham Hotspur yang akan berlangsung di Stamford Bridge tengah malam ini.

Setakat ini, pemain Brazil itu membuktikan sentuhannya cukup berbisa buat The Blues apabila sudah meledak lima gol dalam enam perlawanan Liga Perdana, sekali gus mampu menghadirkan gerun buat Spurs.

Pemain tengah Chelsea, Morgan Rogers berkata, rakan sepasukannya itu sentiasa dahagakan gol dalam setiap perlawanan dan ketajaman yang dimiliki mampu untuk membuatkan Spurs pulang dengan tangan kosong.

“Saya fikir dia (Pedro) sentiasa dahagakan jaringan. Walaupun sering memburu gol, namun dia tidak lupa tanggungjawab kepada pasukan apabila sentiasa membantu kami ketika melakukan gerakan untuk menyerang.

“Joao memang merupakan seorang pemain yang sangat penting untuk kami dan Chelsea beruntung kerana memiliki pemain sepertinya. Saya harap dia akan terus mengekalkan rentak seperti ini ketika bertemu Spurs,” katanya.

Chelsea berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah di Stamford Bridge sejak lapan tahun lalu ketika turun menentang seteru London mereka itu.

Sementara itu, Rogers turut menyuarakan rasa puas hati dan gembira dengan aksi yang dipamerkan bersama Chelsea, sekali gus membalas kepercayaan pasukan mendapatkan khidmatnya dengan nilai £117 juta (RM639.01 juta).

“Saya rasa sangat yakin setiap kali melangkah masuk ke dalam padang, namun masih ada banyak peningkatan perlu dilakukan. Apa yang paling penting sekarang adalah kami bergerak atas landasan yang tepat,” ujarnya. – AGENSI

The post EPL: Pedro sandaran robek Spurs appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved