EPL: Vinicius boleh rosakkan harmoni Arsenal

Football
7 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Vinicius boleh rosakkan harmoni Arsenal

LONDON – Spekulasi mengenai pemain sayap Real Madrid, Vinicius Junior akan meninggalkan pasukan itu terus bertiup kencang dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal menjadi destinasi seterusnya.

The Gunners dianggap berpeluang untuk mendapatkan khidmat bintang Brazil itu apabila reputasi mereka dikatakan sudah semakin meningkat selepas menamatkan kemarau gelaran Liga Perdana selama 22 tahun.

Bagaimanapun, bekas penjaga gol legenda Liga Perdana, Shay Given memberi amaran kepada Arsenal supaya berwaspada dengan ego yang dibawa Vinicius ke dalam pasukan itu jika mereka berjaya mendapatkan khidmatnya.

“Adakah Vinicius merupakan seorang pemain yang mampu menambah kualiti Arsenal di bahagian serangan? Bagi saya, ya dan reputasi Arsenal sudah semakin meningkat sehingga dikaitkan dengan pemain seperti Vinicius.

“Bagaimanapun, dapatkah anda bayang pakej kewangan yang diperlukan bagi mendapatkan Vinicius? Saya yakin ia bukan sesuatu yang murah kerana melibatkan yuran perpindahan, gaji serta klausa dan beberapa terma tambahan,” katanya.

Menerusi tanda harga £128.4 juta (RM707.82 juta), Given percaya ia mampu untuk mencetuskan suasana tidak harmoni dalam bilik persalinan, sekali gus merencatkan segala usaha pengurus, Mikel Arteta yang mementingkan semangat berpasukan.

“Beberapa tahun kebelakangan ini, Arsenal terkenal sebagai pasukan yang ada semangat kerjasama selepas menyingkirkan pemain-pemain seperti Pierre-Emerick Aubameyang, Alexis Sanchez dan Mesut Ozil. Jadi, mereka tidak perlu merosakkannya,” ujar Given. – AGENSI

The post EPL: Vinicius boleh rosakkan harmoni Arsenal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved