EPMB Jalin Kerjasama Dengan Sanly, Julin China Untuk Tingkatkan Pengeluaran Saga MC3

LocalCars
26 Feb 2025 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

EP Manufacturing Berhad (EPMB) menjalinkan kerjasama dengan Sanly China dan Jujin China untuk meningkatkan pengeluaran Proton Saga MC3.

Perjanjian yang ditandatangani pada 18 Februari lalu itu bertujuan untuk menggabungkan teknologi kerja logam maju Sanly China dengan operasi sedia ada EPMB di Batang Kali, Selangor sekaligus memperkukuh rantaian bekalan agar lebih teguh dan cekap.

image is not available

Pengarah Eksekutif EPMB, Aidan Hamidon berkata, dengan menggabungkan kepakaran Sanly dalam kerja logam canggih serta keupayaan pembuatan tempatan, pihaknya menetapkan penanda aras baharu dalam pembekalan komponen automotif.

“Kerjasama ini membuktikan komitmen kami terhadap inovasi, kualiti dan pertumbuhan strategik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, EPMB turut menjalin kerjasama dengan Jujin China untuk menghasilkan kerusi kereta Proton secara tempatan.

image is not available

Penggabungan kepakaran global Jujin dalam reka bentuk serta pengeluaran kerusi dengan keupayaan pembuatan tempatan EPMB akan meningkatkan kecekapan, mengoptimumkan kos, dan menjamin keuntungan jangka panjang.

Perbincangan sedang dijalankan bagi memperluaskan kerjasama ini ke model Proton lain dan berpotensi melibatkan kenderaan Geely, sekaligus memperluaskan jangkauan pasaran EPMB.

Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah mengakui pihaknya tidak boleh terus beroperasi dengan menghasilkan produk berkualiti tinggi tetapi pada harga jualan yang rendah.

image is not availableimage is not available

“Usaha sama ini memastikan skala pengeluaran lebih besar, kos lebih rendah, dan keuntungan yang lebih mampan. Kita bukan sekadar menyesuaikan diri dengan norma baharu sebaliknya kita menciptanya," katanya.

Majlis menandatangani perjanjian pada 21 Februari itu disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li dan Ketua Pegawai Perolehan Proton, Wang, serta wakil Jujin China, Huang.