EPMB Rai Pengeluaran Ke-1,000, Bakal Pasang Beberapa Model GWM, BAIC Tahun Depan

LocalTechnology
17 Dec 2024 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Syarikat EP Manufacturing Berhad (EPMB) meraikan pencapaian penting menerusi pengeluaran kenderaan yang ke-1000 di kilang pemasangan kenderaan di Pegoh, Melaka, baru-baru ini.

Pengerusi Eksekutif EPMB Hamidon Abdullah berkata, pencapaian itu menandakan permulaan era baharu bagi EPMB.

“Mengimbas kembali cabaran semasa pandemik COVID-19, kami tetap tabah dan kembali membina asas rancangan yang kukuh untuk masa depan.

“Fasa 1 kilang pemasangan kenderaan di Pegoh, Melaka adalah bukti visi kami. Kerjasama dengan GWM telah mencapai kejayaan besar, dan momentum ini akan diteruskan dengan persiapan untuk memasang model-model GWM yang lain,” katanya.

image is not available

Tambah beliau, pihaknya menjangkakan kapasiti Fasa 1 akan digunakan sepenuhnya menjelang akhir 2025.

“Untuk Fasa 2, kapasiti pengeluaran akan dipertingkatkan dengan tambahan 30,000 unit setahun, sementara Fasa 3 pula akan memberikan tumpuan kepada pembuatan badan kenderaan dan proses pengecatan,” ujarnya.

Selain itu, EPMB merancang untuk memasang beberapa model GWM termasuklah Jolion HEV (Q2 2025) dan Wey 80 (Q4 2025), serta dua model BAIC iaitu Beijing X55 dan BJ40 (Q1 2025).

image is not availableimage is not available

EPMB turut memberikan keutamaan kepada lokalisasi komponen kenderaan untuk memperkukuh industri automotif tempatan.

Menerusi fasiliti di Kulim, Tanjung Malim, Batang Kali, Shah Alam dan Melaka, EPMB memulakan lokalisasi komponen penting untuk kenderaan GWM termasuklah tempat duduk, rangka depan stereng, gandar belakang, sistem suspensi, brek, panel instrumen, konsol tengah serta trim panel pintu.