Radius pencarian dua beranak diperluas

2 Jul 2019 • 2:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

MUAR - Radius pencarian dua beranak yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Sungai Muar di Tanjung Emas, di sini semalam diperluaskan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Lans Koperal Mohd Fairuz Mohd Hashim, 36, dan anaknya Muhammad Faqih, 7, membabitkan keluasan bermula dari perairan Marina Bay hingga ke Sabak Awor.

"Operasi melibatkan kekuatan 78 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

"Pasukan penyelam juga membuat pencarian di sekitar lokasi kejadian namun berhadapan sedikit kesukaran berikutan arus sungai yang deras. Selain itu dasar sungai yang berlumpur dan berbatu juga menyulitkan sedikit SAR ini," katanya ketika ditemui di sini.

Semalam, seorang anggota polis dari Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh di Sungai Muar, berhampiran jeti bangunan milik Pejabat Daerah di sini petang semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, mangsa bersama tiga anaknya berusia sembilan, tujuh dan empat tahun dilaporkan ke lokasi kejadian untuk menghantar bungkusan makanan kepada petugas di situ.

Tiga kanak-kanak terbabit dikatakan bermain di kawasan berkenaan namun salah seorang daripada mereka dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan hanyut ekoran arus deras.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved