EQ Kuala Lumpur X TOHO Lancar Merch & Minuman Sempena Ulang Tahun Godzilla Ke-70

LocalEntertainment
23 Oct 2025 • 1:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebut je tentang Godzilla, mesti korang terbayangkan adegan filem di mana raksasa gergasi sedang mengaum sambil mengejar mangsa di tengah bandar, kan? 

Baru-baru ini, TOHO, pencipta dan penerbit legenda di sebalik francais Godzilla telah melancarkan video khas sempena sambutan ulang tahun ke-70 raksasa ikonik itu. Lebih menarik, video pendek ini membawa “tour” Godzilla ke sekitar Asia Tenggara, termasuk kemunculan istimewa di Kuala Lumpur!

Dalam video berkenaan, jelas kelihatan Godzilla muncul di tengah ibu kota dengan latar belakang menunjukkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Hotel EQ yang berdiri megah.

Siapa sangka di sinilah tercetusnya idea kolaborasi menarik antara EQ dan TOHO. Bagi EQ, momen Godzilla melintas di hadapan menarik ikonik itu, umpama satu gabungan kreatif antara dunia hiburan Jepun dan hospitaliti mewah Malaysia.

Sehubungan itu EQ mengambil peluang untuk menghangatkan lagi sambutan ulang tahun ke-70 Godzilla dengan pelbagai kejutan eksklusif buat tetamu dan pengunjung. 

Antara tarikan utama ialah menu minuman baharu di Sky51, bar atas bumbung yang terkenal dengan pemandangan panorama Kuala Lumpur.

Menepati tema Godzilla, Sky51 memperkenalkan minuman khas “King of Monsters”, yang direka khas buat sambutan ulang tahun francais filem ini. 

image is not available

Menariknya, minuman ini hadir dalam dua versi berbeza, cocktail beralkohol dan mocktail tanpa alkohol agar semua tetamu boleh menikmatinya.

Ingat ya! Bagi tetamu muslim boleh memilih mocktail yang sama sedap dan menyegarkan! 

EQ Hotel perkenal merch edisi terhad

Bukan itu sahaja, EQ turut menghasilkan merchandise edisi terhad “Happy 70th Anniversary”, termasuk T-shirt dengan rekaan khas dan pelekat bagasi eksklusif. Item koleksi ini hanya diberikan kepada tetamu dan peminat terpilih, menjadikannya cenderamata istimewa yang pasti digilai peminat Godzilla.

image is not available

Kerjasama antara EQ dan TOHO ini bukan sahaja meraikan budaya pop dunia, tetapi juga mengangkat nama Kuala Lumpur di pentas antarabangsa. Gabungan simbolik antara raksasa Jepun dan hotel EQ ini mencipta satu detik di mana kemewahan bertemu imaginasi.

Lebih membanggakan, EQ menjadi satu-satunya hotel dari Malaysia yang tersenarai dalam 100 Hotel Terbaik Dunia oleh Travel + Leisure 2025. 

image is not available

Jadi buat peminat Godzilla tunggu apa lagi, jom serbu Hotel EQ Kuala Lumpur!

View Original Article