Microsoft, Google Dan Tencent Pernah Ingin Membeli Spotify

TechnologyDigital
28 Jul 2019 • 7:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang popular, dan kini mendahului pelbagai perkhidmatan lain yang seumpamanya. Ramai pengguna seluruh dunia yang menggunakannya, malah mempunyai angka pelanggan berbayar yang tinggi.

Dengan popularitinya, semestinya ia menjadi fokus ramai syarikat gergasi yang lain dalam mendapatkannya. Terkini, melalui sebuah buku baru bertajuk Spotify Untold, ia memperlihatkan yang mana suatu ketika dahulu, Microsoft, Google dan Tencent pernah ingin membelinya.

Untuk makluman, Microsoft tidak mempunyai perkhidmatan penstriman muzik yang popular, sementara Google dan Tencent masing-masing mempunyai YouTube Music dan juga Joox. Pengambil-alihan Spotify semestinya akan menguntungkan mereka.

Malah, Tencent mempunyai kerjasama bersama Spotify sebelum ini, yang memberikan mereka sedikit pegangan dalam syarikat penstriman muzik berkenaan.

Buku yang sama juga turut mengatakan yang mana Spotify sendiri sebelum ini pernah menghampiri untuk membeli Tidal dan juga SoundCloud.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved