Equinix Akan Membangunkan Pusat Data Keempat Mereka, “KL2” Di Cyberjaya – Bernilai RM747 Juta

LocalTechnology
12 May 2026 • 4:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Syarikat infrastruktur digital, Equinix hari ini telah mengumumkan rancangan untuk mengembangkan operasi perniagaan mereka di Malaysia menerusi pembangunan pusat data baharu, KL2 di Kuala Lumpur. Pembangunan pusat data ini akan membantu menangani beberapa aspek pendigitalan kebangsaan, termasuklah perkhidmatan awan, kercerdasan buatan (AI) dan automasi kecekapan operasi perniagaan.

Kemudahan baharu ini (KL2) bakal dibina berdekatan dengan pusat data Equinix sedia ada di kawasan metropolitan (KL1) di Cyberjaya, bertujuan mengukuhkan lagi ekosistem syarikat meliputi penyedia rangkaian, platform awan dan perusahaan di Malaysia.

Pusat data KL2 merupakan pusat data kedua di Kuala Lumpur, dan yang keempat di negara ini. Equinix kini beroperasi di Kuala Lumpur dan Johor, dan pembangunan pusat data KL2 adalah sambungan kepada pembangunan pusat data JH1 dan JH2 yang turut bakal dibangunkan. Dengan jumlah pelaburan melebihi US$190 juta (~RM747 juta), pusat data KL2 akan memuatkan lebih daripada 2,200 kabinet apabila siap dibangunkan sepenuhnya.

Image from: Equinix Akan Membangunkan Pusat Data Keempat Mereka, “KL2” Di Cyberjaya – Bernilai RM747 Juta

Pusat data tersebut akan menyediakan platform yang boleh dipercayai untuk mengurangkan beban sistem dan aplikasi kritikal sebaik sahaja ia mula beroperasi. Ia juga akan menyokong syarikat-syarikat digital, hipeskala dan MNC yang sedang berkembang di rantau ini.

Perkhidmatan yang ditawarkan melalui pusat data ini juga membolehkan mereka meningkatkan skala operasi dengan lebih cekap, menawarkan perkhidmatan seperti AI teragih (distributed AI) dan awanan hibrid merentasi ASEAN dengan cepat dan mudah.

Di rantau Asia Pasifik, portfolio Equinix merangkumi 65 pusat data merentasi bandar-bandar utama termasuk di Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina dan Singapura