Era AI: TNB utamakan akauntabiliti, etika dalam setiap keputusan kritikal

LocalTechnology
23 Jul 2026 • 3:09 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Era AI: TNB utamakan akauntabiliti, etika dalam setiap keputusan kritikal Image from: Era AI: TNB utamakan akauntabiliti, etika dalam setiap keputusan kritikal hamden23/07/2026 - 15:09

KUALA LUMPUR 23 Julai - Tadbir urus yang berkesan adalah penting bagi membolehkan organisasi berinovasi dengan yakin selain memastikan akauntabiliti, etika dan pertimbangan manusia terus menjadi teras dalam setiap keputusan kritikal, kata Ketua Pegawai Digital dan Maklumat Tenaga Nasional Bhd (TNB) Azlan Ahmad.

 

Beliau berkata ini amat penting apabila kecerdasan buatan (AI) kini memainkan peranan yang semakin penting dalam operasi organisasi.

 

Di TNB, katanya falsafah ini diterjemahkan melalui Model Interaksi Manusia-AI TNB (THAIM) apabila tahap penglibatan manusia berdasarkan risiko dan kepentingan setiap kes penggunaan.

 

tnb it
AZLAN AHMAD, Ketua Pegawai Digital dan Maklumat TNB 

 

“Walaupun AI dapat meningkatkan kecekapan operasi dan menyokong proses membuat keputusan yang lebih baik, aspek sensitif seperti keselamatan, kesihatan dan infrastruktur kritikal terus memerlukan pertimbangan dan pengawasan manusia yang sewajarnya,” katanya.

 

Azlan berkata demikian pada perbincangan panel bertajuk, ‘If An AI Agent Makes the Wrong Call, Who Owns the Outcome?’ pada Persidangan & Pameran Platform Perniagaan Inovasi ASEAN (AIBP) Malaysia 2026, yang diadakan baru-baru ini.

 

Beliau menekankan bahawa kejayaan penggunaan AI bergantung pada teknologi dan budaya. 

 

“Daripada mengehadkan penggunaan AI, TNB memberi tumpuan kepada memperkasakan tenaga kerjanya melalui pendidikan, tadbir urus yang jelas dan prinsip bersama yang membolehkan inovasi secara bertanggungjawab di
seluruh organisasi,” katanya, sambil menambah AI yang bertanggungjawab akan menjadi asas kepada fasa  transformasi perusahaan yang seterusnya.

 

Beliau berkata dengan menggabungkan tadbir urus, teknologi dan kepakaran manusia, TNB terus membina keupayaan digital yang selamat dan dipercayai serta memperkukuh daya tahan operasi selain menyokong masa depan digital Malaysia.

 

Persidangan & Pameran AIBP Malaysia yang diadakan setiap tahun secara tertutup menghimpunkan lebih 600 pihak berkepentingan kanan untuk membincangkan transformasi digital dan inovasi perusahaan. - BERNAMA
 

Terkini standard
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved