Era digital ubah gaya hidup penduduk dunia

25 Apr 2023 • 1:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pelancaran aplikasi mudah alih TV Sabah merupakan satu langkah yang tepat pada waktunya.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, TV Sabah merupakan siaran TV digital khusus untuk rakyat Sabah dengan majoriti pengisiannya tertumpu kepada negeri Sabah seperti perkembangan berita, bakat dan kebudayaan.

“Era digital masa kini telah mengubah gaya hidup masyarakat di seluruh pelusuk dunia.

“Sudah begitu banyak perubahan yang dapat kita lihat sama ada cara kita berinteraksi, cara kita belajar, berurusniaga, menonton TV untuk mendapatkan info serta hiburan, semuanya sudah banyak berbeza dan berubah dengan sentuhan digital.

SPONSORED CONTENT AIRA Residence’s GBI benefits are inclusive for all AIRA Residence’s reputation as a quality green strata housing property development is beneficial for all of its residents. Read more “Peratusan penonton menggunakan aplikasi media streaming semakin meningkat disebabkan kemudahan yang disediakan aplikasi media ini berbentuk fleksibel, senang diakses dan mempunyai lebih banyak pilihan.

“Oleh itu, langkah Syarikat Kinabalu Media Sdn. Bhd. untuk melancarkan aplikasi mudah alih iaitu TV Sabah merupakan satu langkah yang tepat pada waktunya,” ujar beliau ketika berucap merasmikan pelancaran TV Sabah Mobile Apps di sini, baru-baru ini.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan turut berharap semua pihak akan memberikan sokongan serta bantuan terhadap usaha murni TV Sabah yang merupakan produk tempatan untuk menjadikan platform tersebut sebagai medium ekspresi dan komunikasi untuk rakyat Sabah.

Jelas beliau, TV Sabah merupakan platform yang akan membawakan secara khusus acara-acara kemuncak sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah antaranya pertandingan Sugandoi dan Unduk Ngadau melalui aplikasi berkenaan.

Hadir sama, Bendahari Agung Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Joseph Paulus Lantip dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Sabah merangkap Pengerusi AJK Publisiti dan Hebahan Kaamatan Peringkat Negeri 2023), Suzanne Lujain-Bingkasan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.