Era Sabah, Stacy meriahkan Kaamatan menerusi Bambarayon

18 May 2024 • 2:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

SEMPENA meraikan Pesta Kaamatan, Era Sabah menampilkan lagu Bambarayon yang membawa maksud Semangat Padi.

Bambarayon menyaksikan penampilan penyanyi popular, Stacy Anam selaku pelantun utama dan Konco Pagi Era, Addnan, Mijul dan Emma.

Barisan personaliti radio Era Sabah termasuk Melanie, Adam, Nicky dan Deemike turut membuat penampilan dalam projek kolaborasi Era Sabah dan Astro Fibre itu.

Lagu Bambarayon, yang diambil daripada perkataan Kadazan Dusun, mengisahkan tentang kemeriahan Pesta Kaamatan yang dilihat mampu menyatukan masyarakat umum dari pelbagai latarbelakang dan berteraskan prinsip kekeluargaan.