Ericsson Dan DNB Catat Rekod Dunia Untuk Kelajuan 5G Mencapai 1Gbps Pada Jarak 11.18km Menggunakan mmWave

TechnologyDigital
5 Dec 2022 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Ericsson dan Digital Nasional Berhad (DNB) kini mencatatkan rekod dunia tersendiri, apabila berjaya mencapai kelajuan 5G sehingga 1Gbps pada jarak 11.18 kilometer menggunakan antena radio mmWave.

Ujian ini dilakukan menggunakan antena radio di Butterworth, Pulau Pinang. Ujian ini dilakukan menggunakan gelombang mmWave 28GHz.

image is not available

Melalui ujian ini juga, ia sekaligus memperlihatkan keupayaan penggunaan mmWave untuk jarak jauh, melalui teknologi Ericsson.

Sebelum ini, mmWave digunakan pada jarak dekat sahaja, walaupun menawarkan kelajuan tinggi dan kadar pendam rendah. Dengan ujian demi ujian ini, ia sekaligus akan membolehkan orang ramai menikmati teknologi 5G menggunakan mmWave pada jarak jauh.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah sokongan ini akan digunakan secara komersil.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved