Erling Haaland mohon maaf

WorldFootball
14 Oct 2024 • 10:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
HAALAND

ERLING Haaland memohon maaf dalam media sosial miliknya selepas Norway menjadi mangsa belasahan Austria dalam aksi Liga Negara-Negara di Arena Raiffeisen pada Ahad.

Haaland telah diberikan tanggungjawab sebagai kapten ketika pasukan kendalian Stale Solbakken ingin meneruskan permulaan tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Negara-Negara itu.

Selepas Marko Arnautovic membuka jaringan untuk tuan rumah, Norway bertindak balas dengan baik melalui gol penyamaan Alexander Sorloth sebelum separuh masa pertama tamat.

Bagaimanapun, sebaik sahaja Arnautovic kembali meletakkan Austria di depan, pasukan pelawat gagal bangkit dan terus dibolosi menerusi gol daripada Philipp Lienhart, Stefan Posch dan Michael Gregoritsch memastikan kemenangan 5-1 untuk Austria.

Selepas perlawanan itu, Haaland didekati oleh media Norway ketika dia bersedia untuk meninggalkan Arena Raiffeisen di Linz.

Haaland memilih untuk tidak menjawab soalan daripada media sebelum meminta maaf atas prestasi hambar pasukannya di media sosial.

"Maaf semua, ini terlalu buruk daripapada pasukan saya.

"Pada bulan November, kami akan cuba mendapat enam mata," katanya.

Keputusannya disokong oleh rakan sepasukan di Norway, Sander Berge yang menegaskan pasukan itu kekal bersatu walaupun mengalami kekalahan paling teruk sejak tewas 0-6 kepada Jerman pada 2017.

"Dia mempunyai hak untuk berbuat demikian

"Anda boleh merasakan kekecewaannya sekarang. Kami adalah satu pasukan, kami berdiri dalam setiap jatuh bangun," katanya.

Norway akan melengkapkan kempen kejohanan tersebut menentang Slovenia sebelum menjadi tuan rumah kepada Kazakhstan bulan depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved