Erma Fatima Jawab Dakwaan Drama Terbaharu Ada Kaitan Dengan Da’i Syed – “Saya Tak Menidakkan Dan Mengiyakan”

EntertainmentPolitics
3 Mar 2026 • 11:03 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan drama terbaharunya, Jangan Panggil Aku Gus dengan pendakwah selebriti, Da’i Syed.

Menurut laporan mStar, Erma menegaskan karya tersebut tidak merujuk kepada mana-mana individu tertentu, termasuk membabitkan isu peribadi yang kesahihannya masih belum dapat dipastikan.

Advertisement
View this post on Instagram

“Mana ada! Tiada kena-mengena dengan dia (Da’i Syed) pun. Apa yang berlaku kepada dia pun, saya sendiri tak tahu kebenarannya.”

Tambahnya lagi, dia tidak mahu terlibat atau menyentuh hal yang tidak diketahui secara jelas.

“Saya taknak sentuh isu orang”

“Saya tak reti nak buat benda-benda yang saya tak tahu. Saya pun tak nak menyentuh isu orang yang kita tak tahu kebenaran yang sebenar-benarnya. Saya tidak menidakkan ataupun mengiyakan.”

Mengulas lanjut, Erma menjelaskan bahawa idea drama tersebut tercetus hasil pemerhatian terhadap realiti kehidupan serta isu masyarakat semasa, dan bukannya diinspirasikan daripada mana-mana individu secara khusus.

View this post on Instagram

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa syukur apabila Jangan Panggil Aku Gus berjaya menghimpunkan barisan pelakon dari Malaysia dan Indonesia dalam satu produksi.

“Alhamdulillah, drama ini gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia. Saya berharap selepas ini akan lebih banyak lagi drama atau filem yang menggabungkan artis Malaysia-Indonesia. Macam satu ketika dahulu filem Gadis Hitam Putih.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-03-02 12:41:13

"Demi Allah, Kalau I Pekik Vendor-Vendor Lain Akan...." - Betty Rahmad Perjelas Isu Dakwaan Biadab Di Celebfest

The post Erma Fatima Jawab Dakwaan Drama Terbaharu Ada Kaitan Dengan Da’i Syed – “Saya Tak Menidakkan Dan Mengiyakan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.