Eropah tunduk pada Trump, Presiden Amerika batal larangan eksport Diesel

WorldPolitics
3 Oct 2026 • 11:08 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Eropah tunduk pada Trump, Presiden Amerika batal larangan eksport Diesel

WASHINGTON – Presiden Donald Trump tidak akan mengenakan larangan eksport diesel, selepas beliau menyambut baik keputusan negara-negara Eropah melepaskan bahan api tersebut daripada rizab masing-masing.

“Lagipun, langkah ini  tidak pernah benar-benar dipertimbangkan. Namun, apa Eropah lakukan adalah sesuatu yang hebat,” kata Trump di White House, menjawab soalan wartawan AFP sama ada larangan eksport Amerika Syarikat telah dibatalkan.

Trump  pertama kali menyatakan menyokong larangan eksport diesel pada 22 September lalu. Langkah bagi menurunkan harga diesel di AS itu bagaimanapun dibimbangi akan  memberi tekanan kepada bekalan di tempat lain di seluruh dunia.

Menurutnya kelmarin, AS  masih mempertimbangkan idea itu ketika pentadbirannya memberi tekanan kepada Brussels untuk menggunakan bekalan rizab Eropah.

Negara-negara maju Kumpulan 7 (G7)  bersetuju semalam  untuk melepaskan 100 juta tong diesel daripada rizab masing-masing selama empat bulan bagi meredakan kebimbangan bekalan tenaga global susulan perang Iran. – AFP

The post Eropah tunduk pada Trump, Presiden Amerika batal larangan eksport Diesel appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved