Erra Fazira pandu sendiri kereta selepas bersanding – “Saya pening kalau orang lain bawa”

LocalEntertainment
15 Dec 2025 • 4:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mencuri perhatian ramai dengan gelagat lucunya apabila memandu sendiri kenderaan setelah usai majlis persandingan.

Pandu sendiri kereta lepas bersanding

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Fazira Wan Chek, 51, dilihat memandu kenderaan itu dengan masih mengenakan busana pengantin sambil ditemani pengurusnya Shahrendra Razak yang berada di bahagian penumpang.

@asnkimdes

Jawapan kenapa pengantin drive sendiri image is not available Sebab… hari ni Day 2, Alhamdulillah semua majlis resepsi selesai dengan lancar image is not available Syukur semuanya dipermudahkan image is not available credit : IG Story @Sharendrarazak11 image is not available #errafazira #ezwanzain #fyp #fypmalaysia #foryou

♬ Funny - Gold-Tiger

Menurut Erra, dia lebih gemar memandu sendiri bagi menghilangkan rasa mabuk ketika di dalam kereta berbanding hanya duduk sahaja di bahagian kerusi penumpang.

“Saya pening kalau orang lain yang drive. Kalau saya duduk sebelah orang lain yang drive, mungkin itu sebab saya tengah tak sihat atau pun pening kepala,” kata Erra.

Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu menjelaskan bahawa dirinya tidak berdepan sebarang masalah untuk memandu sendiri selagi mana kesihatannya berada dalam keadaan yang baik.

image is not available

“Sanggup saya angkat baju ini sebab memang berat, tapi selagi saya sihat, saya gagahi juga untuk memandu sendiri,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji sikap berdikari yang ditunjukkan oleh pelakon itu dan ada juga yang berkongsi tabiat yang sama iaitu mudah pening sekiranya berada di bahagian kerusi penumpang.

Saya pun ada penyakit sama

image is not available

Dah terbiasa berdikari

image is not available

Orang cantik memang macam tu

image is not available

Artikel lain: Erra Fazira kini isteri kepada Ezwan Zain, terima mas kahwin sepokok bunga emas

Untuk rekod, Erra Fazira sah bergelar isteri kepada usahawan, Ezwan Zain setelah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Bin Noordin sekitar pukul 9.19 pagi pada tarikh istimewa pilihan mereka 12 Disember 2025.

Erra menerima mas kahwin berupa pokok ufti seberat 102 gram dengan 24 keping dinar emas, berserta sebentuk cincin Cartier dianggarkan bernilai RM80,000.

Sumber: TikTok asnkimdes