“Errkkk… ‘Extra Seasoning'” – Netizen Geli Tengok Peniaga Pasar Malam Gaul Ayam Berempah Tak Pakai ‘Glove’

Food
5 Jul 2022 • 2:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pada zaman wujudnya media sosial sekarang ini, memang menjadi lebih mudah untuk ramai peniaga mempromosikan perniagaan mereka.

Namun, perkongsian satu ‘page’ makanan terkenal di Instagram ini tentang nasi tomato ayam berempah mengundang reaksi lain pula dalam kalangan netizen.

Menerusi video dimuat naik, mereka mempromosikan perniagaan tersebut yang terletak di Pulau Pinang dan ketika itu penyediaan ayam berempah turut ditunjukkan kepada penonton.

Berdasarkan rakaman video itu, ayam digaul dengan resipi rempah mereka sebelum digoreng panas-panas dan dihidangkan di khemah jualan.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah pakcik yang menggaul ayam itu tidak memakai sarung tangan.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa geli melihat situasi itu dan turut menegur peniaga untuk memakai sarung tangan.

image is not availableimage is not available

Namun sesetengah netizen dilihat berpendapat situasi itu normal dan tiada masalah jika peniaga itu sudah membasuh tangannya terlebih dulu sebelum menggaul.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 bulan lalu

"Kembang Tekak.." - Beli Sup Perut Harga RM20, Sekali Dapat Penuh Najis Berumput