Erysha Emyra Jawab Isu Berlakon Jadi Kekasih Abang Ipar Tiri   

20 May 2024 • 2:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Erysha dan MK K-Clique menjadi pasangan dalam drama Aku Bukan Ustazah.

Jika anda merupakan peminat drama Melayu, pasti anda tahu sekarang ini drama Aku Bukan Ustazah sedang hangat ditayangkan di slot Akasia, TV3.

Selain jalan ceritanya yang menarik perhatian ramai, gandingan hero dan heroin drama ini iaitu Erysha Emyra dan MK K-Clique  juga menjadi buah mulut netizen.

Mana tidaknya, MK merupakan abang ipar tiri kepada Erysha. MK telah berkahwin dengan kakak tiri Erysha iaitu Siti Hajaar.

image is not available

Menjawab isu ini, kata Erisya yang juga merupakan anak kepada aktres Noniswara ini, pada mulanya dia berasa sedikit canggung bila tahu MK bakal menjadi gandingannya.

"Pada mulanya mereka beritahu bahawa saya akan bergandingan dengan pelakon lain.

"Tetapi akhirnya bila diberitahu bahawa MK yang dipilih, saya akui sedikit terkejut. Tetapi saya terima sahaja, mungkin ada hikmahnya," katanya kepada Getaran.

Ditanya bagaimana situasi berlakon dengan abang ipar tiri sendiri, kata Erisya dia dan MK masing-masing bersikap profesional.

"Kami tak pernah bercakap pasal hubungan kekeluargaan yang kami ada sewaktu di set penggambaran.

Kami hanya berbincang soal kerja. Pergi kerja dan balik," ujarnya.

image is not available

Tambah Erysha lagi, dia turut menyedari ramai yang bercakap tentang perkara ini, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana bukan dia yang meminta untuk digandingkan dengan abang ipar tirinya sendiri.

Dalam perkembagan lain, Erysha akan muncul dengan sebuah lagi drama terbaru berjudul Cinta Untuk Sekali Lagi bergandingan dengan hero popular masa kini iaitu Meerqeen. - Getaran, 20 Mei 2024

Foto : Instagram