“Esok Allah Tanya Hampa Jawab!” – Suhaimi Saad Mengaku Taknak Turun Mengundi, Dakwa PRU Sama Macam Berjudi

Politics
2 Nov 2022 • 2:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah agak lama menyepi, bekas penyanyi kumpulan InTeam Suhaimi Saad kembali mencuri tumpuan apabila dia menyatakan pendiriannya untuk tidak turun mengundi.

Kata Suhaimi atau lebih mesra disapa sebagai SS ini, perbuatan membuang undi boleh diibaratkan seperti berjudi dan ia adalah haram sama sekali.

Jelasnya, calon PRU15 akan mengeluarkan duit ‘pertaruhan’ bagi tujuan mencalonkan diri sekaligus diibaratkan sama seperti perbuatan haram di sisi agama Islam itu.

Hampa tau dak orang yang mengundi, ambil calon tu keluarkan duit pertaruhan, judi tau tak yang hang dok sokong, bela duk mengundi tu. Kalau kalah hangus, judi ke tak?

Suhaimi juga mendakwa pemimpin yang ‘berjudi’ tidak selayaknya diangkat sebagai pemerintah dan meminta rakyat yang turun mengundi untuk jawab di hadapan Allah kelak.

image is not available

Sumber : TikTok  

Itu pemimpin berjudi tu yang hampa angkat nak jadi pemimpin, wakil rakyat ooo sorry! Nak mengundi silakan, nanti jawab sendiri pada Allah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mengecam pendapat yang dilontarkan suami kepada Ina Naim ini.

Ujar netizen lagi, cukup-cukuplah memberi pendapat yang tidak masuk akal dan ada yang meminta Suhaimi Saad berniaga minyak lintah sahaja di rumah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Actually Ramai Dah DM Pasal Ni” - Didakwa Sokong Geng 'Pelangi', Caprice Akan Hubungi Ning Baizura

View Original Article