Esok Dah Mula Sekolah: Lebuhraya Utama "Tenang", Tiada Kesesakan Teruk

21 Sep 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Memandangkan sesi persekolahan bermula esok, namun aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan lancar setakat 9.30 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan trafik bergerak lancar di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2, serta semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang.

"Orang ramai berkemungkinan masih belum memulakan perjalanan pulang ke kediaman selepas berakhirnya cuti persekolahan pada hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Klang Timur (EKVE) dari Hulu Langat menuju ke Ampang.