Espinosa Kini CEO Baharu Nissan

Business & FinanceCars
12 Mar 2025 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas mesyuarat ahli lembaga pengarah yang diadakan, pengeluar kereta Jepun Nissan Motor Co. (Nissan) mengumumkan bahawa pihaknya melantik Ivan Espinosa,46, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Nissan yang baharu.

Pelantikan Espinosa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif adalah yang keempat bagi Nissan dalam tempoh kurang daripada enam tahun.

Pelantikan itu dibuat di saat Nissan menghadapi situasi yang paling mencabar kerana berada dalam keadaan krisis kewangan yang agak teruk .

Sedikit latar belakang mengenai Espinosa, sebelum kenaikan pangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Espinosa sebenarnya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Perancang (CPO) dalam syarikat terbabit.

image is not available

Pelantikannya juga akhirnya menamatkan spekulasi siapakah yang bakal menerajui Nissan selepas Ketua Pegawai Eksekutif sekarang, Makoto Uchida dilaporkan berada di bawah tekanan untuk berundur berikutan gagal mencapai rundingan untuk bergabung dengan Honda.

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada Espinosa, 46, akan mengadakan perbincangan untuk bergabung dengan Honda atau sebaliknya.

Espinosa yang merupakan warga Mexico telah menyertai syarikat itu pada tahun 2003 dan telah menghabiskan sebahagian besar kerjayanya di Mexico tetapi juga pernah memegang jawatan di Asia Tenggara dan Eropah.

image is not available

Beliau telah menyelia perancangan produk dan inisiatif pembangunan serta menguruskan strategi dan portfolio produk global pembuat kereta itu.

Di sebalik pelantikan ini, ada kemungkinan Nissan bakal mengumumkan mengenai hal hala tuju perniagaan mereka..