Esscom diharap bina PPR kedua di Sandakan

22 Jun 2023 • 4:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Program Sosio-Ekonomi anjuran Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dilihat mampu memberikan peluang pekerjaan dan pendidikan kepada masyarakat setempat.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata pendekatan Esscom itu juga membantu memperkasa belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pencari kerja di Sandakan.

“Ini sudah tentu menggalakkan lagi ramai lepasan SPM untuk menyambung pelajaran dan kelak meningkatkan sosio-ekonomi masing-masing,” jelasnya.

Vivian berkata demikian sejurus merasmikan Program Sosio-Ekonomi PPR Taman Harmoni anjuran Esscom dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di Dewan PPR Taman Harmoni, Sandakan, pada Selasa.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Dr Jamaluddin Mohd Ali, Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) Samin Ongki, Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sandakan, Mariam Hassan, Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Hamizi Halim dan Pengarah Urusan Syarikat Canggih Bayu Sdn Bhd, Safuan Abas.

Program selama dua hari bermula 19 Jun itu menyasarkan penglibatan sekitar 400 penduduk PPR Taman Harmoni dan masyarakat setempat berumur 18 hingga 45 tahun, yang ingin melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan.

Seramai 100 kanak-kanak di PPR tersebut turut menerima sumbangan beg sekolah.

Dalam pada itu, Vivian berharap Esscom dapat membina kawasan PPR keduanya di Sandakan selepas PPR Taman Harmoni.

PPR Taman Harmoni merupakan projek perintis yang bermula pada 2014 dan dirancang oleh Esscom bersama agensi lain untuk penyusunan semula perkampungan air dari Kg Muhibbah, Kg Forest, Kg Cahaya Baru dan Kg Good View.

Jelas Vivian, saranan pembinaan PPR kedua Esscom di Sandakan juga selari dalam usaha membantu lebih ramai penduduk yang tidak mempunyai rumah dan tinggal di pesisir pantai. PPR Taman Harmoni itu kini di bawah seliaan MPS.

Mempunyai 10 blok, PPR ini telah mula diduduki pada 2016 secara berperingkat dan kini sembilan blok telah dihuni manakala sebuah blok lagi sedang dalam penyelenggaraan.

Sementara itu, Jamaluddin berkata, Program Sosio-Ekonomi ini merupakan kesinambungan kepada program penyusunan semula perkampungan air di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai peluang menjana pendapatan dan peningkatan tahap pendidikan serta kemahiran. “Ini adalah salah satu program kita untuk membantu sosio-ekonomi penduduk setempat,” jelasnya, menambah Esscom akan terus bersama masyarakat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.