Esscom komited tingkat keyakinan, keselamatan awam

LocalPolitics
22 Jun 2025 • 10:04 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

KINABATANGAN: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) komited untuk bekerjasama rapat dengan pengusaha resort dan pelancongan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), dalam usaha meningkatkan keyakinan awam dan memperkukuh langkah keselamatan di sini.

Inisiatif ini diterajui oleh Timbalan Komander Esscom, Brigedier Jeneral Mohamad Ismail Kamarudin yang mewakili Komander Esscom dalam Sesi Libat Urus dan Dialog bersama Pengusaha Resort/Pelancongan dan Agensi Berkaitan yang diadakan di Kinabatangan baru-baru ini.

Sesi itu bertujuan memaklumkan pemain industri pelancongan mengenai situasi keselamatan yang semakin baik di Esscom, serta memberi jaminan bahawa langkah keselamatan kukuh sedang dilaksanakan bagi melindungi pengunjung dan komuniti tempatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Menurut Mohamad Ismail, kemajuan ini adalah hasil kerjasama berterusan antara Esscom, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri, dengan sokongan akar umbi yang kukuh.