Esscom patah cubaan seludup rokok lebih RM870,000

LocalPolitics
1 Feb 2025 • 3:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan dua warga asing dan merampas 580,000 batang rokok serta 440 bungkusan kecil tembakau di Kampung Bakau, di sini, pada Selasa lepas.

Komander Esscom DCP Datuk Victor Sanjos berkata, barang seludup itu dianggarkan bernilai RM871,854.40 selepas dicukai.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Victor berkata, tindakan pantas Esscom selepas menerima maklumat membawa kepada pemeriksaan dan serbuan terhadap sebuah rumah setinggan di kampung itu.

Beliau berkata, susulan serbuan itu, seorang lelaki dan wanita warganegara Filipina ditangkap kerana dipercayai aktif dalam kegiatan menyeludup rokok tanpa cukai di daerah ini.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Rokok itu, termasuk jenama Astro Menthol King, Astro Ice Blue Berry, Astro Filter King, Era Premium, Tex Mentol, Nice, Menara Dunia, Gudang Garam dan Tembakau Sgog disembunyikan di dalam kotak dan plastik.

“Kami juga merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) serta tiga bot, dianggarkan bernilai RM62,000,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurut Victor, 4WD dan bot-bot itu digunakan oleh suspek. Jumlah rampasan dalam operasi itu dianggarkan bernilai RM933,854.40.

Victor berkata, dua warga asing itu akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, sementara kes penyeludupan itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara itu, Victor berkata Esscom akan sentiasa memantau dan akan terus memperhebat operasi khas seperti itu, khususnya dalam mengesan sebarang elemen yang boleh mengganggu gugat keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan awam, khususnya di Pantai Timur Sabah.

“Saya amat mengalu-alukan kerjasama orang awam melaporkan terus sebarang maklumat, aktiviti dan insiden mencurigakan ke Pusat Operasi Esscom menerusi talian 089-863181 atau melalui aplikasi WhatsApp 011-63311072,” katanya.