
SEMPORNA: Seramai 58 pelajar asnaf dari SK Selakan dan SK Pulau Omadal menerima sumbangan sempena program ‘Kembali ke Sekolah’ anjuran Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di sini, pada Ahad.
Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Datuk Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata, beliau berharap pelajar yang menerima Kit Kembali ke Sekolah dapat memanfaatkan sumbangan tersebut serta belajar bersungguh-sungguh bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, seterusnya menjadi individu yang dapat membantu keluarga, agama, bangsa, dan negara.
Advertisement“Kita sedar bahawa tidak semua dilahirkan dalam keadaan yang bernasib baik, oleh itu, kami meneruskan program ini untuk masyarakat di Esszone dengan membawa mesej kegembiraan agar anak-anak lebih bersemangat untuk ke sekolah.
“Antara penerima hari ini termasuk mereka yang baru memulakan persekolahan. Oleh itu, kami berharap program ini akan menjadi kenangan manis buat mereka supaya mereka lebih berusaha dalam pelajaran kerana hanya melalui pendidikan perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik dapat dicapai,” katanya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Dr Jamaluddin berkata demikian ketika mewakili Komander Esscom, DCP Datuk Victor Sanjos bagi merasmikan program Kembali ke Sekolah di SK Selakan. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna.
AdvertisementProgram ini juga selari dengan konsep kerajaan Madani yang mengutamakan nilai Ihsan dalam perkhidmatan awam untuk sentiasa membela kebajikan golongan yang memerlukan serta mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat di seluruh dunia.
Dalam ucapannya, Dr Jamaluddin yang mewakili Victor turut menyeru penduduk kampung agar membantu pasukan keselamatan dalam mengekalkan ketenteraman awam dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di kawasan masing-masing.


