Esscom tetapkan misi ‘tiada pencerobohan, sifar KFR’

LocalPolitics
24 Sep 2024 • 4:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menetapkan ‘Tiada Pencerobohan Kedua’ dan sifar Penculikan Untuk Wang Tebusan (KFR) sebagai misi utama mereka.

Komander Esscom, DCP Datuk Victor Sanjos berharap melalui penjenamaan ini dapat meningkatkan semangat semua ahli Esscom dalam mencapai dua misi utama dan seterusnya menjadikan Esszone sebagai tempat yang selamat dan sejahtera.

“Justifikasi penjenamaan Esscom dan Esszone adalah penting untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap tahap keselamatan Esszone dengan tujuan membangunkan sosioekonomi di Pantai Timur Sabah,” katanya.

Victor berkata demikian semasa Perhimpunan Esscom sempena pelancaran logo dan bendera baharu Esscom serta peta Esszone baharu, pada Isnin.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Beliau juga memohon kerjasama dan bantuan penuh daripada pengamal media untuk membantu Esscom menghebahkan perkara ini, bagi mencapai sasaran untuk membangunkan Pantai Timur Sabah.

Penjenamaan logo dan bendera Esscom serta warna dalam peta Esszone telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Esszone yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 25 Julai.

Dalam pada itu, semasa perhimpunan itu, Esscom turut melancarkan sistem e-Keanggotaan Esscom dan e-Demografi Esszone untuk memudahkan kerja harian anggota Esscom.

Penciptaan sistem ini adalah berdasarkan penggunaan kecerdasan buatan atau teknologi AI dan Esscom mahu dikenali bukan sahaja sebagai pusat keselamatan tetapi juga sebagai pusat maklumat di Esszone.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Jamaluddin Mohd. Ali dan Timbalan Komander Esscom, Brigedier Jeneral Mohamad Ismail Kamarudin, Ketua Staf, Pengarah Awam, pegawai kanan dan anggota Esscom.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article